← Kembali
🎵

Puisi Malam

Album: Bahan Terlarang Durasi: 3:31

Kamar yang sunyi tiada berbunyi

Aku dan pena punya itu memori

Khayalanku tinggi terbang dengan merpati

Indahnya hari ini, puisiku menari

Dalam media, ibaratnya tak sama (tak sama)

Luahan jiwa, hati ni turut serta (turut serta)

Pelbagai stigma yang aku pernah lalu

Untuk apa dan siapa? Hanya Tuhan saja tahu

Alkisah ini dah banyak dipaparkan

Diwartakan oleh wartawan, tetapi tidak sepadan

Dengan apa yang ku lalu, masalah yang berliku

Mencari, ku mencari, solusinya digari

Inikah yang dikatakan pahit sukar dunia?

Manis sikit kurasa sejak digelar manusia

Pepohon yang 'kan mekar, apakah 'kan baik saja?

Bunga yang kian segar, apa boleh bertahan lama?

Puisi malam ini, yeah

Pena aku

Tuhan tahu

Apa yang ku tak tahu

Kondisi hati, ruang yang sepi

Menunggu takdir, benar begini

Suratan ini bertulis tangan

Tak tergapai, hanya kenangan

Setiap hari ku melangkah kaki kanan (oh-whoa)

Diri cakap kat hati supaya tahan tekanan (whoa)

Dan aku ukir senyuman bila semangat tinggi

Dan bila ku bagi semua, akhirnya patah hati

Apa semua ni bermakna untuk diri?

Dah cuba beri semua dengan sepenuh hati

Tapi pulangannya tak sama bila hujung hari

Oh, lupa ni dunia, banyak yang tak kenang budi

Di mana boleh berteduh bila langit tu gelap?

Di mana boleh berehat bila cahaya malap?

Bilakah bulan yang terang akan bersinar balik

Atau itu igauan, mungkin mimpi ini pelik?

Dan puisi malam ini, yeah

Pena aku

Tuhan tahu

Apa yang ku tak tahu

Kondisi hati, ruang yang sepi

Menunggu takdir, benar begini

Suratan ini bertulis tangan

Tak tergapai, hanya kenangan

Andai pena punyai rasa

Andai hati tak lagi sama

Harap cahaya tu masih terang

Even kat sana tiada bayang

Aku mula dah berjalan

Lepas ni tiada halangan

Aku nak tengok gelak ketawa

Tatkala diri ni tak bernyawa

Selamat jalan, bahtera (selamat)

Yang aku bina selama

Sekian lama, sebanyak mana

Memori itu takkan ku lupa

Wahai merpati yang aku jaga

Terbanglah dikau merata

Tulisan aku berteman alam

Ku simpan puisi malam

Malam, malam, malam

Oh, hoo

Puisi malam