Bangkit - Karmal

 Chorus
 Bangkit, cepat bangun dari tidur,
 Bangkit, matahari dah di timur,
 Bangkit, tak usah lagi berangan,
 Bangkit, tak usah bagi alasan,

Verse 1
 Ini cuma luahan, dari minda si bijak,
 Bukan berbual kosong, bukan aku nak riak,
 Ini borak berasas, tapi tidak beralas,
 Tuju pada si malas, yang suka cari nahas,
 Si anak anak muda, yang berlagak dewasa,
 Dan orang tua yang masih belum puas berpesta,
 Remaja perasan, gaya konon bagus,
 Tapi harapkan mak bapak bank in elaun beratus,
 Mulutku memang laser, tapi tidak melampau,
 Masih beri peluang, simpati pada engkau,
 Beza kita ketara, cuma engkau tak nampak,
 Aku terus melangkah, engkau masih nak lepak,
 Engkau masih sangkut setempat kerana dah rosak,
 Aku guna otak aku fikir di luar kotak,
 Engkau masih mahu rehat macam orang yang sakit,
 Jam loceng sudah bising, kini tiba masa untuk…

Chorus
 Bangkit, cepat bangun dari tidur,
 Bangkit, matahari dah di timur,
 Bangkit, tak usah lagi berangan,
 Bangkit, tak usah bagi alasan,

Verse 2

Bila aku bangkit, hiphop jadi sihat,
 Aku bukan syed, tak perlu waktu rehat,
 Masih ligat macam, yang kau dapat lihat,
 Dulu kau tak ingat, kini kau dah minat,
 Aku mc hebat, dikejar yang lemah,
 Bagi mereka mc, mereka dah mengah,
 Mereka macam pelajar yang taknak belajar,
 Ramai yang kurang ajar sebab kurang diajar,
 Ada banyak mamat yang buat aku nak bergaduh,
 Tapi buat apa tunduk sama dan jadi bodoh,
 Ada juga suka tiru apa yang orang buat,
 Perangai macam ini yang buat aku meluat,
 Ada jadi boneka, kerana diabaikan,
 Semuanya disuap, lirik dengan pakaian,
 Aku asah bakat aku malam sampai pagi,
 Engkau muncul, aku muncul, kau tak muncul lagi

Chorus
 Bangkit, cepat bangun dari tidur,
 Bangkit, matahari dah di timur,
 Bangkit, tak usah lagi berangan,
 Bangkit, tak usah bagi alasan,
Artist: Karmal
Title: Bangkit