Mengerti - K.R.U

Terasa antara kita semakin jauh… jauh

Ku berikan cinta intan dan permata
Adakah kau hargai? Tidak
Cuba lihatlah kita melakonkan cinta
Masihkah ada cinta kita

Masa mengubah kita
Tak dapat ku lagi mengenali siapa dirimu
Kau mahukan segala
Sedangkan hatiku tak pasti ku masih menyintai dirimu

Telah ku cuba sedaya sekuat di hati
Agar kita berdua akan terus bersama
Tapi apakan terdaya ku tak kau hargai
Apa guna pura-pura cubalah mengerti

(Rap)
Sememangnya pernah ku kata
Hanya kau yang ku cinta
Tanpa dirimu hidupku tidak akan bermakna
Kini ku cuba membetulkan kesilapan lalu
Cinta palsu darimu tidak lagi ku perlu
Ku curahkan kau segala kemewahan dunia
Inikah balasanmu sedangkan ku setia
Bertungkus lumus ku cuba memahami hatimu
Mungkin kita tidak lagi sesuai bersama
Mungkin juga kita tak sepatutnya bermula
Sampai di sini sahaja dapat kita bersama
Jalan kehidupan kita tidak lagi sehala

Telah ku cuba sedaya sekuat di hati
Agar kita berdua akan terus bersama
Tapi apakan terdaya ku tak kau hargai
Apa guna pura-pura cubalah mengerti
Telah ku cuba sedaya sekuat di hati
Agar kita berdua akan terus bersama
Tapi apakan terdaya ku tak kau hargai
Apa guna pura-pura cubalah mengerti
Artist: K.R.U
Title: Mengerti