← Kembali
🎵

Bila Terasa Rindu

Album: Seumur Hidup Durasi: 3:46

Apa agaknya kabarmu di sana?

Di sini ku sedang dibelenggu rindu

Beginikah rasa siksa perpisahan?

Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ

Meskipun tubuh dah jauh beribu batu

Sesaat seperti setahun lamanya

Semasa kau tiada apa yang terdaya

Bila terasa rindu kusebut namamu

Dengan harapan kau kan muncul dalam tidur

Bila terasa rindu kubayang wajahmu

Dalam angan dan barulah ku terasa bagai disembuh

Oh, jauh sekali hidup di sini berbeza

Beribu kali lagi ku selesa di sana

Tak sabar menanti detik kepulangan

Namun hingga itu apa yang termampu

Bila terasa rindu kusebut namamu

Dengan harapan kau kan muncul dalam tidur

Bila terasa rindu kubayang wajahmu

Dalam angan dan barulah ku terasa bagai disembuh

Terlintas di fikiran untuk meminggirkan

Saja semua pencarian di sini

Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan

Bekalan andainya hari sukar mencabar

Ho-oo-oo

Uu-uu-uuh

Ooh, bila terasa rindu kusebut namamu

Dengan harapan kau kan muncul dalam tidur

Bila terasa rindu kubayang wajahmu

Dalam angan dan barulah ku terasa bagai disembuh