725 1364 - X-Factor

Dua minggu telah berlalu kKu keseorangan
Merindu satunya gadis idaman yang telah ku kecewakan
Tanpa disedari naluri ku terkasar bahasa
Namun jauh sekali dihati niat untuk meluka

Apakah dia tidak tahu ku masih menyintai
Mengharung apa jua 'tuk mendekati

( korus )
Ku cuba 725 1364 tiada jawapannya
Sila tinggalkan pesanan suara selepas nada
Ku cuba 725 1364 gagal di hubungi
Mungkinkah dia sedang merinduku atau sudah membenci ?

Kecewa sudah ku tunggu tanpa khabar berita
Mendengar detik dan saat berlalu bagai berkurun terseksa
Teman asyik menasihati cintaku kedinginan
Namun apakah mereka tidak sedar hatiku membara

Tidak mungkin dapat ku cuba untuk melupainya
Siang dan malam terbayang wajahnya

( korus )
Ku cuba 725 1364 tiada jawapannya
Sila tinggalkan pesanan suara selepas nada (nada)
Ku cuba 725 1364 gagal di hubungi (gagal dihubungi)
Mungkinkah dia sedang merinduku (merinduku) atau sudah membenci ?

Walau apa jua akhirnya akan ku cuba untuk bersua
kerna tak terbayangkan hidup ini tanpa senyumannya

( korus )
Ku cuba 725 1364 tiada jawapannya
Sila tinggalkan pesanan suara selepas nada (nada)
Ku cuba 725 1364 gagal di hubungi (gagal dihubungi)
Mungkinkah dia sedang merinduku (merinduku) atau sudah membenci ?
Mungkinkah dia sedang merinduku atau sudah membenci ?
Artist: X-Factor
Title: 725 1364