Aku Hati Dan Perasaan - Haqiem Rusli
Para peminat secara tidak langsung mengaitkan bait-bait lirik lagu ini dengan masalah tekanan yang dihadapi beliau ketika di dalam industri muzik tanah air. Malahan beberapa rakan artis tanah air turun menyatakan sokongan kepada beliau. Berita tentang masalah tekanan yang dihadapi beliau juga mendapat liputan dari beberapa laman web berita artis. Berikut kenyataan beliau di laman instagram. Pengumuman penting kepada semua,dah lama saya tunggu saat ini,dalam keadaan sekarang serta waktu yang tepat.Saya ingin memberi tahu tentang posisi saya dalam industri muzik,BERHENTI atau TIDAK, pada AWAL BULAN JULY saya akan memberi jawapan sepenuhnya. Banyak perkara yg berlaku apabila saya di dalam industri muzik,mereka yg bercakap senang,tapi saya yang rasa sakit dan perit,pada 24 jun saya akan hadirkan diri show di IPOH,mungkin ia akan menjadi show terakhir saya sebagai seorang penyanyi,mungkin. Tapi apa2 boleh berlaku,Kepada qiemilio jangan marah saya,sila faham keadaan saya dan anda pun tahu saya memiliki depression ni dari awal tahun dahulu dan ia terus berlaku sampai ke hari ini,bukan depress je,macam2 lagi.Keluarga serta FMC sudah memberi saya rehat dan berfikir hingga habis bulan June. tunggu saya Haqiem Rusli pada awal bulan JULY.Keputusan akan diberitahu.
Artist: Haqiem Rusli
Title: Aku Hati Dan Perasaan