Amarah Yang Marah - Jay Jay

Kalau kuikutkan amarahku ini
 Ingin rasanya aku mencampakkan
 Semua pemberianmu
 Kerana marahku berapi

Engkau pun tahu aku bersungguh
 Menyintaimu aku bagaikan
 Berpaut di dahan
 Di dahan yang rapuh

( korus )
 Kukenal erti marah
 Bila kau berubah
 Janji-janji termetri tidak bererti
 Sia-sialah aku menyintai dirimu
 Kalau semuanya menjadi debu
 Oh sayang mengapa
 Harus engkau curang

Oh sayang engkaulah yang terakhir
 Kalau dulu, tapi kini nyata berakhir Kejujuran selama ini
 Kerna percayakan pada janji
 Hampir hampirku patah hati
 Keranamu

Oh oh oh…
 Oh kekasihku kerana kaulah fikiranku kini
 Jadi tidak menentu
 Harap harap suatu hari
 Engkau sendiri merasai apa yang kurasai

Berita terbaru yang kuterima
 Kau kini berkocakan harianmu
 Dengan madumu
Artist: Jay Jay
Title: Amarah Yang Marah