Anak Kampung - Jimmy Palikat ft One Nation Emcee

[Jimmy Palikat]
 Memang aku ini anak orang miskin
 Tiada apa-apa yang dapatku berikan
 Engkau memang cantik
 Memang tidak padan dan tidak sepadan

[Mimi]
 Aku anak kampung tiada pelajaran
 Kuli – kuli sahaja memang tidak padan
 Cute bah kau itu
 Ramai yang tergoda lagi yang jelita

*

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
 Rumahku pun tiada adapun bapa punya
 Apa lagi belanja mau bayar berian
 Kahwin sama kamu
 Bukannya ku tidak suka sama kamu
 Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
 Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama org lain

[Jimmy Palikat/Mimi]>
 Kita masih muda masih ada masa
 Janganlah kau cari gadis macam saya
 Engkau memang cantik
 Nanti kau menyesal tiada guna

Anak kampung ku anak kampung
 Tidak padan tidak sepadan

[Zydee]

Hey si gadis yang manis
 Ku simpan duit sampai perut kempis
 Kalau dah cukup kita renjis-renjis
 Jangan kau nangis menu kita ikan bilis

[Jojo]
 Sia sanggup buat apa saja
 Siang malam overtime kerja
 Laman facebook nda sempat buka
 Ndamau kau sedih dan kecewa

[Zydee]
 Jangan kau sedih sabar kau gia
 Nanti kereta,rumah , ku buat kau bahagia
 Bukan undur diri belum bersedia
 Kau tunggu saja odooii giaaa
 JP

*

Tiada keretaku bawa kau jalan – jalan
 Rumahku pun tiada adapun bapa punya
 Apa lagi belanja mau bayar berian
 Kahwin sama kamu
 Bukannya ku tidak suka sama kamu
 Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
 Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain (sama orang lain)

Engkau masih muda , cantik lagi menawan (jangan-jangan)
 Janganlah kau cari lelaki macam saya (ok bah kalau kau)
 Engkau memang cantik
 Nanti kau menyesal tiada guna (tiada guna)

Nanti kau menyesal tiada guna (tiada guna bro)
 Nanti kau menyesal tiada guna (tiada guna )