Bangun - Shaheizy Sam ft Liyana Jasmay

Agak malap mentari laju menuju menembusi penjuru
 Dari langsir menghinggap ke mataku
 Sukarnya memikul berat badanku tak bermaya

Tetapi tanpa ku membuang masa tercetus satu rasa
 Untuk terus melangkah dan terbuai
 Kerana ku tahu kau ada disitu menanti

Terima kasih sayangku
 Tiada teman lain seperti mu

(korus)
 Kau buka mataku
 Kau warna hidupku
 Kau buat hariku
 Bercahaya tanpa mendung

Dengarlah nadiku
 Degup laju untukmu
 Kau inspirasiku
 Keranamu aku bangun

keranamu aku bangun (2x)

Berlari-lari lagiku
 Deras pecut sepanjang hari-hariku
 Kerna kau sahaja
 Tak kira ku dahaga
 Penah lelah tak ku hirau

Dibawah langit biru
 Haru biru jiwaku
 Berjalan berliku
 Akhirnya pastinya berjumpa cintamu
 Kemudiku.. sehingga temuimu

(korus)

Kelip-kelip mata sukar dibuka
 Melawan rasa lena
 Namun ku masih berjaga bekerja

Kerana sajalah
 Pasti sempurna
 Denganmu

Bila kau ada dimata
 Segala-gala kembali bermakna

(korus)

(rap….)
 Gerak laju laju laju
 Ke sana tuju aku meluru seperti satu peluru
 Dengan kakiku ku ku walau terluka untukmu mu mu
 Merentas hijau bumi
 Merentas infiniti
 Terima satu mimpi
 Terlukis tertulis terbukti
 Wajahmu dan namamu menarikku
 Untuk bangun dan kejarmu

Kau buka mataku
 Keranamu aku bangun
 Keranamu aku bangun