Batu Belah Batu Konkrit - Monoloque ft. Azlina Aziz

Wahai anakanda ku sayang, kemana hilang budaya
Diculik piring terbang, atau ditelan buaya
Tiada peluang tiada ruang, semua mahu cepat kaya
Pabila semua dah hilang, barulah hendak percaya

Wahai anakanda ku sayang, kenapa gadai pusaka
Sebab cinta atau wang, atau kerana kurang peka
Seperti lalang-lalang, suka belot suka leka
Ikut telunjuk bayang-bayang akhirnya diri terluka

Wahai bonda jangan merajuk, bonda jangan makan hati
Anakanda disini memujuk, dan anakanda tak akan berhenti
Kini sedar dari mimpi, baru faham semua ini
Bonda tolong jangan pergi, maafkan anakmu
Cukuplah semua ini, hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi, dimakan ditelan batu belah batu konkrit
Dari dihimpit putar belit hamba duit masyarakat hipokrit
Bonda rela, dimakan ditelan batu belah batu konkrit