Bunga Anak Pak Abu - Khalifah

Beratap nipah bertiang kayu
 Belantai sulam buluh rumah kediaman duniamu
 Tapi aku masih sanggup menjadi teman hidupmu
 Beratap genting bertiang batu

Belantai sulam batu batu cantik rumah agamku
 Sudilah engkau bunga menjadi pasangan hidupku
 Hajat bukannya darjat

Ada di dalam niat tapi aku ikhlas memetik bunga dijajahan cinta
 Kerana jatuh cinta
 Kata bicara mulia wahai kau bunga
 Yang cantik rupawan ciptaan tuhan

Walaupun jauh beribu batu
 Dibawah bayu kaki gunung kinabalu rumahmu
 Tapi aku masih sanggup terus hidup bersamamu
 Wahai kau bunga anak Pak Abu

Sudikah engkau terima lamaran cinta dariku
 Aku berjanji akan setia hidup bersamamu
 Hajat bukannya darjat
 Ada di dalam niat tapi aku ikhlas memetik bunga dijajahan cinta
 Kerana jatuh cinta

Kata bicara mulia wahai kau bunga
 Yang cantik rupawan ciptaan tuhan
 Anak Pak Abu cinta hatiku
 engkaulah bunga jadi pujaan didalam hatiku
 Wahai Pak Abu terimalah aku jadi menantu
Artist: Khalifah
Title: Bunga Anak Pak Abu