Cukuplah Sengketa - Rabithah

RIDWAN:
 Pilunya hati ini melihat
 Mengapa kau bertengkar oh umat?
 Ku merayu agar kau bersatu
 Bukankah redha-Nya yang kau buru?

HAKIM:
 Cukuplah kau membenci
 Cukuplah kau mencaci
 Mereka yang tak bersamamu

AKMAL:
 Buka mata hatimu
 Apa yang engkau mahu?
 Rendahkan egomu

MAHDI:
 Kadang taksub buta
 Membuatkan hati kau turut buta
 Berlapang dadalah
 Kebenaran tertegak atas hujah

KORUS & AKMAL:
 Umat derita
 Mengapa masih bersengketa?
 Perpecahan kita
 Meriangkan seluruh musuh kita

AKMAL:
 Sedarlah oh umat
 Perbezaan kita adalah rahmat
 Dengki yang tersemat
 Menjadi punca umat terus tenat
 Ooo.

HAKIM:
 Cukuplah kau membenci
 Cukuplah kau mencaci
 Mereka yang tak bersamamu

AKMAL:
 Buka mata hatimu
 Apa yang engkau mahu?
 Rendahkan egomu

KORUS & MAHDI:
 Umat derita
 Mengapa masih bersengketa?
 Perpecahan kita
 Meriangkan seluruh musuh kita

MAHDI:
 Sedarlah oh umat
 Perbezaan kita adalah rahmat
 Dengki yang tersemat
 Menjadi punca umat terus tenat
 Ooo.

KORUS:
 رب انصر دعواتنا
 وحقق غياتنا
 والف بين قلوبنا
 كالأنصار والمهاجرين
 Bantulah dakwah kami
 Terangi jalan kami
 Satukan hati kami
 Seperti Ansar Muhajirin

Lirik Cukuplah Sengketa nyanyian Rabithah merupakan lagi yang menyeru semua umat agar menamatkan sengketa dan untuk berhenti dari terus membenci dan juga mencaci. Lirik lagu ini dari Ustaz Adnin dan lagu dari Ustaz Adnin dan Akmal Mustafa.
Artist: Rabithah
Title: Cukuplah Sengketa