Doa Buat Ibu - Suhaimi Saad

Terbayang bayang
 Terkenang kenang senyumanmu
 Seakan baru semalam kau tinggalkan aku
 Kerana wajahmu sering muncul dalam mimpiku
 Bagaimanakah dapat ku lupakanmu ibu

Dulu apa ku mengerti
 Hatimu sering ku sakiti
 Kini baru ku sedari
 Ibu pelengkap hidup ini

Ibu seakan ku mahu
 Kembali diputarkan waktu
 Agar dekatku denganmu
 Berbakti menginsafi diri

Ibu sungguh aku rindu
 Mesramu membelai jiwaku
 Tapi kini semuanya mimpi
 Kerana ibu telah tiada lagi

Pesan ibu ku ingat selalu
 Jangan tinggal solat lima waktu
 Berakhlak mulia kepada semua
 Tidak lupa perintah agama

Ibu seakan ku mahu
 Kembali diputarkan waktu
 Agar dekatku denganmu
 Berbakti menginsafi diri

Ibu sungguh aku rindu
 Mesramu membelai jiwaku
 Tapi kini semuanya mimpi
 Kerana ibu telah tiada lagi

Biarpun derita hidup tanpa ibu
 Tak ku lupa segala jasamu
 Biar susah payah hidup tanpa ibu
 Tak ku lupa doa buat ibu
 Tak ku lupa doa buat ibu
 Tak ku lupa doa buat ibu
Artist: Suhaimi Saad
Title: Doa Buat Ibu