← Kembali
🎵

Erti Hari Ini

Menatap pagi yang sepi

Suara merdu penuh syahdu

Silih berganti tangisan si kecil

Merayu di pagi penuh cahaya

Di dalam duniaku segala masalah

Mampu dilerai dengan menyanyi

Pintaku hasratku cintaku

Di pagi penuh bahagia

Aku tetap percaya walau sekadar bermimpi

Bahawa ada yang akan merealisasikan mimpiku

Untuk dunia yang lebih baik dari dunia kecilku

Maafkan aku tertewas terjatuh

Melaksanakan tanggungjawabku

Oh Tuhan sampaikan impian

Semua yang Kau cinta

Aku tetap percaya walau sekadar bermimpi

Bahawa ada yang akan merealisasikan mimpiku

Untuk dunia yang lebih baik dari dunia kecilku

Aku masih keliru dan tidak memahami

Adakah ini semua lebih berharga dari nyawa

Seorang insan bermakna ingin merasa nikmatNya