Ya Ramadhan
Ji'ta Bin-Nūri Was-Sakīnah
Allahu Ya Allah
Nūruka Yuḥyil Qulūb
Marḥaban Ya Ramadhan
Mentari Subuh Bangun diHujung Mata
Mulai Perjalanan Di Taman Tandus
Lapar Dan Dahaga
Langit Memendam Segala Cahaya Rahsia
Agar Puasa Membentuk
Madrasah Untuk Ratna
Waktu Berputar Bagai Tasbih Di Tangan
Setiap Detik Butiran Zikir Jadi Suapan
Barang Siapa Bertahan Dalam Sabarnya Iman
Akan Menikmati Rahmat Yang Luas Dari Tuhan
Di Kelamnya Malam Kesunyian
Setiap Tenungan Bergelimpangan Dosa Ku Berlinangan
Tertawa Berdiri Dalam Kesesatan
Menari Ku Dalam Buana Penyesalan
Bisikan Hina Buat Ku Lupa Diri
Sifat Sombong Selubung Fikiran Dan Hati
Sampai Bila Jejak Kaki Tak Berhenti?
Ku Cuma Manusia Yang Ingin Kembali
Ya Rahim, Ar-Rahman
Dengan Suara Yang Penuh Pengharapan
Ku Harap Masih Diberi Peluang
Seluruh Jari Jemari Aku Himpunkan
Dan Ku Panjatkan Cari Ketenangan
Dalam Sujud Waktu Sepertiga Malam
Redhai Setiap Langkah Perjalanan
Temukanlah Sekali Lagi Dengan Ramadhan
Ku Tanamkan
Hasrat Hati 'Tuk Lengkapkan Bulan Yang Mulia
Ku Harapkan Semoga Amalan Yang
Dilakukan Diterima
Yang Esa
Dan Takkan Mengulangi Dosa Yang Lama
Ya Tuhan
Warzuqnī Taqwā
Jauhkan Diriku Dari Dibuai Dunia
Bila Syawal Menjelma Ku Masih Mahu Merasa Tenang
"Tenang Hati Ku Tenang"
Qalbī Sakīnun Bin-Nūri Rabbī
Bila Hati Ni Sudah Tak Ingin Dengan Dunia
Jalan Berliku Dah Jadi Mudah
Nikmat Ku Rasa Dalam Ibadah
Aku Yang Dulu Dilembah Dosa
Mencari Makna Sebalik Makna
Belajar Kenali Yang Maha Esa
Makin Ku Tunduk Sujud Ke Tanah
Ku Tanamkan
Hasrat Hati 'Tuk Lengkapkan Bulan Yang Mulia
Ku Harapkan Semoga Amalan Yang
Dilakukan Diterima
Yang Esa
Dan Takkan Mengulangi Dosa Yang Lama
Kan Ku Selami Erti Ramadhan
Mencari Malam Lailatul Qadr
Lailatul Qadr
Semoga Dipermudah