🎵

Gema Muzik

Album: Exist Durasi: 3:48

Ujud satu lagenda irama semasa

Dengan tekanan muzik menggegarkan jiwa

Rentak gegak gempita gagah mewarna suasana

Teguh semangat wajah gigih menerbang bertenaga

Gema muzik semasa kian bercahaya

Bakat mengutuh minat berkarya sentiasa

Kata seorang tua di kaki gunung sedang bertapa

Rahsia buluh perindu pengawal suara sah terjaga

Lagu riang kami dendang

Gema muzik berkumandang

Lagu aneh lagu kasih

Gema muzik tidak memilih

Ayuh kawan semua tunjukkan wibawa

Cepat giat latihan serah ke hadapan

Dari satu iktibar buat dorongan mencabar

Luas ekspresi diri sentuhan rasa keyakinan

Usah gusar wahai teman

Gema muzik menghiburkan

Usah resah gugup rasa

Gema muzik tidak mendatar

Lagu riang kami dendang

Gema muzik berkumandang

Lagu aneh lagu kasih

Gema muzik tidak memilih