🎵

Hang Tuah

Album: Iyeth Bustami Durasi: 6:56

Tersebut sudah dalam hikayat

Laksmana Hang Tuah setia amanah

Menjunjung harkat juga martabat

Jangan Melayu buang zuriat

Dang merdu bunda berjasa

Melahirkan putra perkasa

Hang Tuah laksmana satria

Teladan negeri dan bangsa

Dari Bintan kepulauan Riau

Gaung baktimu ke segenap rantau

Walau kini kau telah tiada

Fatwamu tiada 'kan sirna

Tuah sakti hamba negeri

Esa hilang dua terbilang

Patah tumbuh hilang 'kan berganti

Takkan Melayu hilang di bumi

Engkau susun jari sepuluh

Menghatur sembah duduk bersimpuh

Halus budi resam Melayu

Hang Tuah

Ho-o, Hang Tuah

Tuah sakti hamba negeri

Esa hilang dua terbilang

Patah tumbuh hilang 'kan berganti

Takkan Melayu hilang di bumi

Engkau susun jari sepuluh

Menghatur sembah duduk bersimpuh

Halus budi resam Melayu

Hang Tuah

Ho-o, Hang Tuah

Hang Tuah

Ho-o, Hang Tuah