Hey - Taufik Batisah

Hey, tiada ternilainya
 Senyuman yang merekah
 Sedang kau merajuk

Hey, hey, bila kau berdiam diri
 Berkocakan jantungku
 Ligat tanpa henti

Tak kan sekali ku jemu
 Menjadi pemujukmu yang setia

Hey, akulah tempatnya
 Kau buat apa saja
 Sekehandaknya hatimu

Teguh hadapi
 Apa jua denganmu
 Kerana cinta yang ku persembahkan buatmu ini
 Bukan yang rapuh

Hey, lemah kerankaku
 Tiap sendi melonglai
 Hanya dengan kerlianmu

Walau kau masamkan muka
 Kau bertambah jelita
 Buat ku makin teruja

Pasti kau telah puas dengar
 Si petutur kata-kata manis
 Maka kau seharusnya tahu bahawa aku
 Bukan mereka
Artist: Taufik Batisah
Title: Hey