Janji - Altimet ft Takahara Suiko

Dengarkan cerita anak angkat raja
 Dilantik ketua siapa semua hamba
 12 rumah yahud bangsa mereka
 Bawakan kami ke tanah merdeka
 Dengar cerita dia utusan Yang Esa
 Patutnya dibunuh tapi firaun leka
 Terlepas dibesarkan di dalam istana
 Penyelamat kita dari hidup merana

Yang konon pembunuh aku sudah tiba
 Tak sangka dulu ku timannya di atas riba
 Bagai ahli sihir dia penyilat mata
 Aku boleh matikan dia bila-bila masa
 Panggil menteri binakan menara setinggi mentari
 Aku mahu lihat tuhan si bodoh ini
 Tak nampak pun batang hidung tuhan yang lembik
 Tuhan ku hamba dah lari menteri ku bertempik

Kanan kiri kanan kiri ke tanah sendiri yang dijanji
 Ikut anak angkat raja nabi kami
 Dikejar tenteranya jadi kita lari

Kanan kiri kanan kiri kejar di hamba kepunyaan tuhan kami
 Depan ada laut hey mana mahu lari
 Tuhan kami akan tewaskan si nabi

Dihentak tongkatnya di atas tanah
 Laut terbelah kami redah
 Antara dua dinding air kami mencelah
 Kepada nabi dan tuhannya kami berserah
 Sampai ke seberang kami pandang belakang
 Firaun dan tentera mengejar menyerang
 Dinding air runtuh mereka kabur kelam
 Cuba berenang dipaksa menyelam

Ni yang buat aku meradang
 Yang mulanya surut sekarang sudah pasang
 Dah tiada pilihan apa boleh buat
 Terpaksa aku akui tuhannya lagi hebat

Nyawa mereka terbang badan timbul tenggelam
 Tombak dan pedang masih di dalam gengam
 Kami terus berjalan pagi petang siang malam
 Mencari halaman untuk bercucuk tanam

Kanan kiri kanan kiri ke tanah sendiri yang dijanji
 Ikut anak angkat raja nabi kami
 Kitakan sampai suatu hari nanti

Kanan kiri kanan kiri ke tanah sendiri yang dijanji
 Ikut anak angkat raja nabi kami
 Kitakan sampai suatu hari nanti

Kita dijanjikan pembalasan
 40 tahun dalam perjalanan
 Menuju cahaya dipimpin Nabi Musa
 Membelah lautan dengan tongkatnya
 Firaun yang tenggelam menghuni jahanam
 Yang karam bersama kesumat dan dendam
 Raja yang bertakhta karam tanpa berita

Kanan kiri kanan kiri ke tanah sendiri yang dijanji
 Ikut anak angkat raja nabi kami
 Kitakan sampai suatu hari nanti

Kanan kiri kanan kiri ke tanah sendiri yang dijanji
 Ikut anak angkat raja nabi kami
 Kitakan sampai suatu hari nanti