Jatuh - Liyana Fizi

Seketikaku terfikir
 Perasaan yang tiba semalam
 Jangan pernah mengasingkanku
 Daripada damai pelukan

Terhenti nafasku berlari
 Dibelai lembut seindah mimpi
 Berlagu berbisik hatimu
 Semulajadinya
 Aku jatuh

Beginikah rasanya kasih
 Yang tiada kacau keraguan

Terkunci matamu mencari
 Berkata akulah yang dinanti
 Berlagu berbisik hatimu
 Semulajadinya
 Kamu jatuh

Tak ku mampu tidur

Terhenti nafasku berlari
 Berkata akulah yang dinanti
 Berlagu berbisik hatiku
 Semulajadinya
 Aku jatuh

Tak ku mampu
Artist: Liyana Fizi
Title: Jatuh