Hadirnya dirimu
Mengubah hidupku
Indahnya senyummu
Menjeratku

Kau tinggalkan cinta
Demi kau bahagia
Pergilah oh sayangku
Mentari menunggumu

Akhirnya terpisah
Kita

Kau hadirkan cinta
Dan kau musnahkan semua
Akan ku hapus kisah
Kisah kita bersama
Demi bahagia yang kau pinta

[ saya tak berdaya untuk buat awak kembali
awak tetap pergi bersamanya
saya harap awak bahagia bersamanya
biarlah saya disini sendiri
terima kasih kerana sudi hadir
dalam hidup saya walau seketika]

Pergilah oh sayangku
Mentari menunggumu
Akhirnya terpisah
Kita

Kau hadirkan cinta
Dan kau musnahkan semua
Akan ku hapus kisah
Kisah kita bersama
Demi bahagia yang kau pinta

Jerat merupakan lagu yang dinyanyikan oleh 5th Trouble. Lagu ini mula dimuat naik dilaman sesawang youtube pada Jun 2018. Lagu ini mengisahkan tentang sebuah percintaan yang tidak kesampaian.

Ia sebuah kisah yang amat memeritkan dimana pada permulaan perkenalan mereka, sang kekasih membawa segala kebahagian kepadanya. Malah tidak keterlaluan senyumannya yang manis telah menjerat hati beliau. Disangkakan panas sampai ke petang, tetapi tida diduga hujan muncul ditengah hari. Percintaan yang diimpikan untuk berakhir di jnjang pelamin musnah di tengah jalan,.

Ini kerana si kekasih tidak lagi menaruh hati kepada belian dan ingin melepaskan perhubungan yang telah terbina.