Di saat tuhan titipkan rasa cinta,
Seringkaliku di kaburi janji manusia,
Aku terleka, terleka mengejar cinta,
Aku terlupa, terlupa pemberi cinta..
Di saat hati, hati ini bersedia,
Untuk kembali berpaling kepadanya,
Aku terjatuh, terjatuh ke lembah tangisan,
Aku menghitung, menghitung dosaku bagai,
Tiada harapan…
KORUS:
Jika rasa terlalu banyak ujian,
Jika rasa bagai tiada pilihan,
Jika rasa bagai mahu putus asa,
Ingatlah teman,
Kau sedang di sayang,
Kembalilah…
Zikir sujudku menemani tiap malamku,
Tangisan di iringi debaran jiwa raga,
Aku yang lemah, berpaut hanya padaMu,
Aku yang hina, layakkah aku ke syurga?
Apa maksud cinta di hatimu?
Apa maksud ikhlas di hatimu?
KORUS:
Jika rasa terlalu banyak ujian,
Jika rasa bagai tiada pilihan,
Jika rasa bagai mahu putus asa,
Ingatlah teman,
Kau sedang di sayang,
BRIDGE:
Ku mengeluh terus mengeluh,
Hatiku hancur dan luluh,
Semakin lama semakin jauh,
Hatiku hitam tak tersuluh,
Namun ku sedari,
Harapan masih utuh!
Jika rasa bagai tiada pilihan,
Jika rasa bagai mahu putus asa,
Jika rasa terlalu banyak ujian,
Ingatlah teman,
Kau sedang di sayang,
Kembalilah.
Lagu: AREEF & Ustaz Adnin.
Lirik: AREEF, Zahirah, Ustaz Adnin.
Music Arrangement: Greg Henderson.
Mixing & Mastering: Greg Henderson.
Producer: Amin Nordin & Ustaz Adnin.
Videographer: Afiq Abdul Jamil.