Katakan - Harris Baba

Tiada apa lagi perlu ku katakan
 Kerna kau tahu semua
 Tak pernah ku berahsia 

Dan mungkin satu saja yang takkan terjelas
 Rasa yang aku rasakan
 Hanya untuk kau saja 

Sampai sudah waktu yang lama ku tunggu
 Biar lama tetap saja kau ku tunggu 

Katakan kata padaku
 Kita kan bersama harungi semua darling
 Tiada lain ku mahu
 Hanya kau satu untukku
 Hanya kau satu untukku

Tiada lain mampu membahagiakan ku
 Ku mengharap kau pun sama
 Sampai mati ku setia

Sampai sudah waktu yang lama ku tunggu
 Biar lama tetap saja kau ku tunggu

Katakan kata padaku
 Kita kan bersama harungi semua darling
 Tiada lain ku mahu
 Hanya kau satu untukku 

Doaku semoga kau dan aku
 Selamanya kan bersama
 Di hatiku hanya kau yang satu
 Sempurnakan diri aku

Katakan kata padaku
 Kita kan bersama harungi semua darling
 Tiada lain ku mahu
 Hanya kau satu untukku

Katakan kata padaku
 Bersama harungi semua darling
 Tiada lain ku mahu
 Hanya kau satu untukku
 Hanya kau satu untukku
Artist: Harris Baba
Title: Katakan