Kau Dian Hatiku - Jamal Abdillah

Pengorbananmu
Seperti dian di hati
Suatu waktu
Suram hidupku
Kau menerangi

Setiap kali ku kelemasan
Hidup tiada pedoman
Kau sentiasa sabar menanti
Tabah memimpin ku kembali
Bagi diriku
Engkaulah dian
Menghiasi kegelapan
Dengan cahaya harapan

Kerana aku sering terlupa
Kau hanya insan biasa
Kesabaranmu akhirnya punah
Dianku tak lagi menyala
Aku kembali melayang-layang
Bagai daun kekeringan
Tak tahu arah tujuan
Secebis harapan di sudut hati
Semoga dianku bercahaya kembali