Kau Palsu - Lawa Nie Geng

Buta dengan luaran
 Hingga lupa nilai pada keikhlasan
 Yang dipandang semua indah
 Biasalah itu cuma luaran

Chorus:
 Kata kamu kamu kamu
 Untuk aku aku aku
 Aku tahu tahu tahu
 Hati engkau palsu palsu

Dan apa lagi untuk aku bahaskan
 Tentang engkau dengan dia langsung tiada perbezaan
 Aku kurang bijak percaya apa di mulut
 Sayang dari gincu merah tiada makna cuma karut

Lenggok panas buat mata kabur
 So apa bezanya engkau dengan si pelacur
 Bila diberi mewah engkau leka jadi murah
 Jadi jangan cuba berani sembang topik tentang maruah

Maaf bukan hakimi cuma mata perhati
 Kalau kau mahu maki pastikan engkau rapi
 Mungkin cara melampau kalahkan selebriti
 Hakikatnya aku yang tersenyum di kaca TV

Dan minta maaf kawan
 Aku bukan Tuhan untuk buat penilaian
 Sekadar mahu bercakap apa yang di pandangan umum
 Kalau engkau tak suka sorry dan assalamualaikum

**:
 Jiwa bukan macam permainan
 Mudahnya kau buat banyak pertukaran
 Susun rapi dengan kata kata
 Tapi sayang kau tak kenal makna

[Chorus]

OK dan nampak mana ia pergi
 Baru sedar kata manis kau cam parlimen berjanji
 Pada mula aku suka bila engkau tampil
 Dah bersama rasa sikit hari boleh buat tahlil

Renung balik menyesal pada awal aku say hi
 Sudah tamat tempoh tiba masa aku say bye
 Imaginasiku kita macam Bonnie & Clyde
 Realiti kau bukan kush kita tetap barai

Huh get it? bukan fantastik
 Kalau kau seorang peminat kau fan yang plastik
 Kau penyakit sakit lagi bikin aku gastrik
 Cinta tiada nilai sahamku jatuh drastik

Tiada lautan api tiada lagi gelora
 Nahh kau pun tak MeleTOP macam Neelofa
 Tapi sayang hati busuk pada muka yang cantik
 Ayat biasa bila putus harap kau jumpa yang lagi baik

[**]

[Chorus]
Artist: Lawa Nie Geng
Title: Kau Palsu