Kejam - Siti Nordiana

Tak kusangka
 Kau musnahkan hidupku ini begitu saja
 Hanya kerana
 Kau dibutakan dengan kemewahan di dunia fana

Oh kejamnya
 Kerakusanmu itu mengatasi segala
 Begelumung dengan dosa
 Tak kau hiraukan pembalasan pedih Maha Esa

Dendam yang tersemat di jiwa
 Takkan hilang selagiku benyawa

Sanggup kau lukai diriku
 Tanpa rasa bersalah
 Di sudut hati mu

Kini janganlah kau merayu
 Terimalah balasan perbuatanmu dulu

Inilah padahnya
 Tamak halobamu hanya memakan dirimu saja
 Dendam di hatimu
 Hingga kau anggap aku ini racun dalam hidupmu

Sanggup kau lukai diriku
 Tanpa rasa bersalah
 Di sudut hati mu

Kini janganlah kau merayu
 Terimalah balasan perbuatanmu dulu
 Akhirnya ku hanya mampu berserah
 Kebenaran penyelamat semua
Artist: Siti Nordiana
Title: Kejam