Kekasih - Nizam Laksamana

Kelam malam ku berjaga
 Menambah kasih dan rona
 Mencari yang entah di mana
 Hilang arah bergelora

Kekasih engkau menanti
 Bersama harum kasturi
 Namun kau tidak ku cari
 Hingga aku bersendiri

Ku sedar betapa kau menyinta
 Ku hanyut terlena di alam fana
 Resahmu sebelum ku dicipta
 Kerana janji padaNya
 Kerana kasih padaNya
 Kau terluka di hujung nyawa
 Tiada aku terasa
 Pedihnya engkau tersiksa
 Rebah ku di sisi
 Ku terhiba mataku berkaca

Kasih berilah cahaya
 Ku ingin pulang semula
 Ingin ku cium harummu
 Sampai masa ku terlena
 Ku terlena
 Ku terlena
Artist: Nizam Laksamana
Title: Kekasih