Kerna Kamu - Isma Sane

Mula – mula ak melihat kamu
 Aku tidak menyimpan perasaan
 Tapi bilaku dengar suaramu
 Aku mulai jatuh

Hari demi hariku lihat kamu
 Ku rasa ada bunga dihatiku
 Ku rasaku ingin mengenalimu
 Tapiku takut untuk mendekatimu

Kamu buat tidurku tak lena
 Takkan bisa aku melupakan
 Kerna kau selalu hadir
 Dalam bayangan

Bisakah kita berkenalan
 Untuk meluahkan perasaan ini
 Yang telah lamaku pendam
 Dalam hati

Inginku tahu kau sudah ada berpunya
 Jika belum ingin aku mulakan langkah
 Jika ada ingin aku undur diri
 Ku tak mahu

Kamu buat tidurku tak lena
 Takkan bisa aku melupakan
 Kerna kau selalu hadir
 Dalam bayangan

Bisakah kita berkenalan
 Untuk meluahkan perasaan ini
 Yang telah lamaku pendam
 Dalam hati

Kamu buat tidurku tak lena
 Takkan bisa aku melupakan
 Kerna
 Kamu

Kerna Kamu merupakan lagu original dari Isma Sane yang mula dimuat naik dilaman sesawang youtube pada Dec 2017.
 Lagu ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang mula jatuh cinta apabila mendengar kelunakan seorang gadis.

Walau bagimanapun, beliau begitu takut untuk mendekati gadis tersebut. Malahan tidak berani untuk bertanya samada si dia sudah berpunya atau tidak. Dan gadis itu terus menjadi igauannya dan membuatkannya tidak lena tidur malam.
Artist: Isma Sane
Title: Kerna Kamu