Mahligai Seribu Mimpi - Wiwik Sagita

Sungguh lama ku pendamkan

Menjadi rasa naluri

Panah cinta ku tembusi

Sifatmu itu

Riwayatmu ku satukan

Di dalam hakikat cinta

Makrifat pun seabadi

Kau tak mengerti cintaku kepadamu

Kasih ku mimpikan dikau beribu makna

Beribu suka duka ku tempuhi

Hadirlah kasih bagai titian pelangi

Bukalah gerbang mahliga di hati ini

Mahligai seribu impian dan bayangan

Masih ku sembunyikan rahsianya

Mahligai seribu, ku impikan kenyataan

Padamu ingin ku zahirkan kasih

Terangilah bawakan cintamu

Wangian syurgawi

Kasih ku mimpikan dikau beribu makna

Beribu suka duka ku tempuhi

Hadirlah kasih bagai titian pelangi

Bukalah gerbang mahliga di hati ini

Mahligai seribu impian dan bayangan

Masih ku sembunyikan rahsianya

Mahligai seribu, ku impikan kenyataan

Padamu ingin ku zahirkan kasih

mahligai seribu impian dan bayangan

masih ku sembunyikan rahsianya

mahligai seribu, hakikatku menunggu

hadirlahmu bersama kerelaan

niscaya ada arti kebahagiaan

tak terucap dengan kalimat syahdu

carilah aku di awal mula

di akhir tiada akhirnya