Mana Tahu Siapa Tahu - Syed Shamim

Sewaktu aku mula
 Menyemaikan perasaan
 Sudah ku tahu sukarnya
 Menjadi sebuah cinta

Sewaktu aku sudah
 Jatuh sayang kepadamu
 Sewaktu itu juga
 Kau meleraikan cintaku
 
 Cinta yang suram
 Menjadi rahsia hidupku
 Sudah tertakdir
 Jalan berliku aku tahu
 
 Hatimu yang muram
 Tanpa rasa cinta aku tahu
 Aku tertewas
 Kerana cintaku terhadapmu

Mana tahu siapa tahu
 Akhirnya nanti kita kan bersatu
 Mana tahu siapa tahu
 Bertahkta dua hati yang terpisah

Biarpun bersumpah setia
 Yang pasti aku setia
 Menanti

Mana tahu siapa tahu
 Akhirnya nanti kita kan bersatu
 Mana tahu siapa tahu,
 Bertahkta dua hati yang terpisah

Biarpun bersumpah setia
 Yang pasti aku setia

Mana tahu siapa tahu
 Akhirnya nanti kita kan bersatu
 Mana tahu siapa tahu
 Bertahkta dua hati yang terpisah

Biarpun bersumpah setia
 Yang pasti aku setia
 Menanti