🎵

Masa Silam

Bermula satu kisah

Tentang aku dan dirinya

Walau jiwa raga telah terpisah

Masih aku ingatinya

Lama sudah airmata

Tidak berlinangan

Tapi kini mula menitis

Disaat ku mengenangkan

Apakah aku yang bersalah

Puncanya kau berubah

Engkau hadir tanpa pinta

Engkau pergi tanpa rela

Kini aku sendirian

Mungkin engkau berduaan

Engkau teruskan kehidupan

Aku pula kehilangan

Kini aku merindukan

Masa silam yang kau lupakan

Kini aku yang memerlukan

Walau hati kian berjauhan

Aku tahu kau bahagia

Dengan insan yang kau cinta

Mengapa masih ku merindu

Masa silam bersama mu

Ku meminta dengarkanlah

Sejenak kata-kata

Bukan rayu untuk bersama

Tapi renungkanlah masa silam kita