← Kembali
🎵

Masih Ada Cinta

Album: New Boyz Durasi: 5:13

Terungkaplah kata cinta terlerai di tabir senja

Adakah ini dugaan darinya

Kau berpura menyinta sepenuh jiwa

Terungkaplah madah kasih terkubur di laman cinta

Hati terhiris sendu meratapi

Pengorbanan ku tidak engkau hargai

Telah sekian lama

Ku cuba mencari di mana silapnya

Hati mu berubah

Keegoan semakin memuncak

Siapakah diri ku setelah hadirnya

Di dalam hidup mu

Cepat kau berpaling mendustai kasih...

Curahan rindu tiada maknanya

Harapan menjadi kenangan

Ku berdoa semoga kau bahgia

Di samping insan yang kau cinta

Ku rela perpisahan

Kerana ku yakin

Masih ada cinta