Melayu Di Kota Inggeris - Art Fazil
Mari-mari kita dengar Sebuah lagu tentang anak melayu di kota inggeris Maaflah jika aku kurang fasih Bertutur bahasa mat salleh Mungkin lidah ku kelu mungkin bibir ku kaku Sebab tak biasa makan keju Mungkin tingkah ku ini aneh Mungkin kerana aku ini masih Lagi kuat bertaut bagai akar berpaut Dengan adat resam lama ku Pasu bunga berbaris-baris Disusun oleh si anak manes Aku melayu di kota inggeris Rindukan petai dan sambal tumis Aku melayu di kota inggeris Rindukan petai dan sambal tumis Seringkali aku terkenang Pemandangan kampung halaman Dimana waktu petang duduk sembang-sembang Minum teh tarik makan goreng pisang Aduh gadis bermata biru Kulit mu seputih salju Apakah maksud mu dengan senyuman itu Alahai jangan goda aku Pasu bunga berbaris-baris Disusun oleh si anak manes Aku melayu di kota inggeris Rindukan petai dan sambal tumis Aku melayu di kota inggeris Rindukan petai dan sambal tumis Aduhai ayah dan ibu Aku sentiasa merindu Dan aku yakin suatu hari nanti Kita akan bersua lagi Wahai buah hati jantung ku Apakah kau masih merindu Janganlah engkau ragu setia ku pada mu Aku masih suka gadis melayu Pasu bunga berbaris-baris Disusun oleh si anak manes Aku melayu di kota inggeris Rindukan petai dan sambal tumis Aku melayu di kota inggeris Rindukan petai dan sambal tumis Aku melayu di kota inggeris Rindukan petai dan sambal tumis Aku melayu di kota inggeris Aku melayu di kota inggeris Melayu aku di kota inggeris Rindukan petai dan sambal tumis
Artist: Art Fazil
Title: Melayu Di Kota Inggeris