Muda - Altimet ft Kidd Santhe
Kidd Santhe : Muda… Kita mudah lupa Muda… Takkan selamanya (selamanya, selamanya) Altimet : Aku masih ingat, zaman tadika Penuh gelak ketawa, kita bahagia Sekolah tamat balik lebih kurang pukul dua Pasang TV, tengok kartun aku hafal lagunya Masa pergi mengaji kita jalan kaki Masa balik mengaji kita lumba lari Sampai rumah, ulangkaji duduk bersila Boleh keluar balik lepas pukul lima Pergi rumah Aiman Dia anak orang kaya banyak mainan Lepas tu jumpa kita kat taman Lawan siapa tertinggi atas buaian (buaian) Kidd Santhe : Muda… Usia lima Muda… Zaman bahagia Kala ku dikurnia Peluang ulang semula Tak mungkin jalan cerita aku serupa Altimet : Kak, abang jarang pulang Terus terang, lagi sedap tinggal rumah bujang Mak abang baru beli kuda empat lejang limaratus sayap, rasa macam nak terbang Datang nak merayap, duduk pun tak tenteram Keluar dengan kawan bila dah lewat malam Makin lama makin kabur beza halal haram Tak cerita kat mak, nak elakkan salah faham Maknya tolong sabar Ni perangai budak baru nak belajar Semua nak cuba, semua nak sambar Tak fikir, esok semua nak langgar (langgar) Kidd Santhe : Muda… dua puluh dua Muda… Aku mahu semua Kala ku dikurnia Peluang ulang semula Tak mungkin jalan cerita aku serupa (ayy) Muda… tiga puluh lima Muda… Aku belajar bahagia Kala ku dikurnia Peluang ulang semula Tak mungkin jalan cerita aku serupa Altimet : Bila betul kata, kau dah tiba Terus terang aku menangis gembira Terus aku azan dan iqamatkan engkau di telinga Doakan kau kuat, sihat dan geliga Kau belum sedar, kau belum tahu Muda aku kini hidup di dalam kamu Ambil masa nak dewasa, jangan terburu buru Satu hari muda kita kan bertemu dalam cucu Jaga hati, telinga, mulut dan mata Ringgit tak ke mana, cermatkan masa Pergi mana mana bawak nama baba Jangan jadi punca air mata mama (mama) Kidd Santhe : Muda… tujuh puluh dua Muda… Dah lalu semua Kepada mereka yang kenali Ku susun sepuluh jari Mohon maaf yang ku sakiti Tanpa ku sedari (ayy)
Artist: Altimet ft Kidd Santhe
Title: Muda