Pengakuan - Tiga

Telah ku berikan segala
 Sedangkan diriku tak cinta
 Kau korbankan segala rasa
 Sebenarnya aku pendusta

Rap
 Terdapat rasa
 Terdapat cinta yang telah bergelora
 Terdapat kasih
 Terdapat hati yang hilangnya seri-seri
 Terdapat rasa
 Terdapat cinta yang telah bergelora
 Terdapat kasih
 Terdapat hati yang hilangnya seri-seri

Telah ku berikan rasa cinta
 Kepada dia yang pertama
 Hatiku hancur menderita
 Kerana akulah pendusta

Maafkanlah diriku
 Mendustai cintamu
 Kerana aku tahu
 Dirimu mencintaiku

Rap
 Bermulain dari terbitnya matahari
 Hingga melanjut untuk esok hari tiada pernah henti
 Begitu pun dengan rasa cinta kadang menghilang
 Kejap mendatang tinggalkan rasa
 Hanya kerna kesenangan semata
 Jadi pendusta yang hanya dalam sekejap saja
 Jadi hampa hingga pun rasa cinta
 Suram juga kelam bagai api yang telah lama padam.

Bukalah matamu berpaling dariku
 Tak perlu lagi kau mengharap
 Tidak pernahkah kau sedari
 Mestinya kau pasti mengerti

Rap
 Tiada lagi kegirangan
 Tiada lagi kesenangan
 Tiada lagi kasih sayang
 Tiada lagi percintaan
 Hanya ada kebohongan
 Tinggal sakit yang mendalam
 Rasa dendam bergelora
 Rasa sesak dalam dada.

Hadapilah ini hanya mimpi
 Kisah kita takkan abadi
 Tak perlu lagi kau menanti
 Cinta padaku tiada erti

Ku lepaskan dirimu
 Pergilah kau dariku
 Sememangnya cintaku
 Padamu hanyalah palsu

Rap
 Semua terasa bagaikan sebuah kisah drama
 Herit memekik terasa leher tercekik
 Dulu detik pernah memikirkan hatiku untuk berbalik
 Berlari dengan debu bersaing dengan waktu
 Terlihat burung-burung kecil di langit utara
 Terlihat awan-awan biru dilangit udara
 Adalah tanda semua adalah nyata
 Karena kita bukan hidup di dunia yang maya.

Maafkanlah diriku
 Mendustai cintamu
 Kerana ku tahu
 Dirimu mencintaiku
Artist: Tiga
Title: Pengakuan