Penjara - Areef
Pernahku merasa sempitnya dunia
Sering ku idamkan dunia bagai syurga
Ikhtiarku hadirkan berbagai kurnia
Lalu hanyutku dengan dosa disangka kurniaKu punya segalanya
Hariku mengejar sempurna
Tenang rupanya petaka
Kerna lelah berakhir kecewaC/O
Bebas diri ku rasa
Terlihat luasnya dunia
Rakus nafsu kian membara
Tak sampai ke hujungnya
Hakikat ku di sangkar dosa
Ciptaan diri tanpa sedar
Ruang sempit bagai penjaraOh aku terpenjara
Anganku dahulu semakin menggelora
Setiap hari ku lalui jalan yang dimurka
Bagai anai dikurnia sayapnya
Terbang bebas menuju binasaKu punya segalanya
Hariku mengejar sempurna
Tenang rupanya petaka
Kerna lelah berakhir kecewaUlang C/O
Tuhan bantulah diriku ini
Agar ikatan dosaku terlerai
Takutkan murka-Mu tertangguh
Hingga sesalku tiada gunaOh aku terpenjara
Ulang C/O
Terperangkap ku di sangkar dosa
—
AREEF – Penjara
Lagu: Akmal Mustafa
Lirik: Akmal Mustafa
Mixing & Mastering: Amin Nordin
Producer: Ustaz Adnin
TARBIAH SENTAP RECORDSPENJARA adalah single terbaru AREEF(instagram @areefmusic) berkisarkan tentang diri kita yang mahu bebas dari sangkar dosa, namun seolah terpenjara lantaran tertipu dengan dunia tanpa sedar.
Selain itu, Areef juga pernah muncul dengan lagu yang bertajuk Cinta Halal
AREEF adalah artis naungan Tarbiah Sentap Records. Bakal menerbitkan ALBUM yang mengandungi 15 track lagu pada awal Ramadhan.