Perjuangan Yang Belum Selesai - Nora
Langkah, beribu langkah Ke destinasi yang diimpi Tiba terhenti, tercari-cari Haluan arah, yang telah pun musnah Harapan tak kesampaian Hina, hinanya diri Hanya menantikan bantuan Bagaimanakah ini terjadi Kerdilnya diri bukan lagi tuan Inikah rupanya nasib bangsaku Langkah demi langkah Biarkah bertatih Impian kan juga terlaksana Martabat diri ini, tiadakan bererti Tanpa usaha, janganlah leka Mewah negaraku semerbak harumnya Renjisan keringat oh bangsaku Teruskan langkah ini Biarkan ia kekal selamanya... "Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya Bukankah sejak zaman berzaman Mereka menjadi pelaut, pengembara Malah penakluk terkemuka? Bukankah meraka sudah mengembangkan sayap Menjadi pedagang dan peniaga Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang? Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera Menjajah dunia yang tak dikenal? Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau Yang tidak mengenal erti takut dan kematian? Di manakah silapnya?" Langkah demi langkah Biarkah bertatih Impian kan jadi terlaksana Martabat diri ini, tiadakan bererti Usahalah, janganlah leka Mewah negaraku semerbak harumnya Renjisan keringat oh bangsaku Teruskan langkah ini Biarkan ia kekal sentiasa... "Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa Perjuangan kita belum selesai Kerana hanya yang cekal dan tabah Dapat membina mercu tanda Bangsanya yang berjaya"
Artist: Nora