Prejudis - Areef
pernah kau kata mustahil
kala tekad hijrahku beralih
dari diri yang kau kenali
kepada personaliti ku impi
dunia penuh ahli sepertimu
semua mampu bicara tanpa ragu
mentafsir informasi tiada diplomasi
beraja emosi merumus konklusi
mungkin stereotaip bukan jenisku
revolusi minda yang kita perlu
ku tak mahu melelahkan diriku
memburu impian palsu
kerana ku yakin dan mampu
berlari lebih jauh
tiada mengerti
urusan Tuhan dan diri
kerana Dia memadai
mengadili diri
ku khabarkan aspirasi
untuk menginspirasi
bukan pintaku untuk kau memutus takdir diri
tiada kau temui sempurna diri ini
tiada kau fahami jika tidak kenali
kerana dunia kita semua berbeza
tingkah laku kita abstrak sukar dibaca
cukup kau adiliku
membunuh semangatku
pergilah dirimu
dengan caramu,
prejudis
terima kasih jaga diriku
bukan aku seperti sangkaanmu
akan ku buktikan padamu
impian bukan fantasiku