🎵

Ranap

Album: Dikir Timur Durasi: 5:08

Gugur sudah segalanya

Terhempas dan memijar

Di mata, di minda, dan di jiwa

Nanar rabun kabur dibius warna, yeah

Malanglah aku menjadi perindu

Berpuing di awang-awangan

Melayang ke negeri melayang

Pasrahlah aku turutkan saja

Kasih dibina zaman berzaman (dibina zaman berzaman)

Bumbungnya rindu, tiang serinya cinta (tiang serinya cinta)

Runtuh kerana diledak rakusnya (diledak, hey, rakusnya)

Bergegar berdiri, ku tersinis rindu (ku tersinis rindu)

Ranaplah, hancurlah makna

Kerananya warna kita parah

Tenggelam di alir peluhnya

Di arus songsangnya kita hilang