← Kembali
🎵

Rindu Tak Terucap

Album: Rindu Tak Terucap Durasi: 3:03

Aku tipu bila aku kata diri dah tak sayang padamu adinda

Aku tipu ubah perbuatan untuk kau nampak aku sudah berbeza

Bukan tak sayang ku bukan pergi

Cuma tak mahu kau terus begini

Lebih baik ku sakit sendiri

Dari lihat ratnaku tersakiti

Seringkali engkau berkata

Yang kau ni teruk pernah aku jumpa

Dan kau tetap gagal tiap acara

Dan masih gagal dalam semua benda

Tolong percaya aku

Kau bukan macam yang kau beritahu

Kau wanita hebat pernah ku jumpa

Kau paling kuat tangani derita

Dengar sini jangan mengalah

Tuhan ada bila kau berserah

Dan Tuhan tahu apa dah kau lalu

Alam semesta pun turut setuju

Dengar sini jangan mengalah

Tuhan ada bila kau berserah

Dan Tuhan tahu apa dah kau lalu

Alam semesta pun turut setuju

Kau dah jauh berlayar kau tinggal ku seorang

Di sini ku nanti khabar macam mana dirimu

Sihat ke ku nak tahu bukan aku yang rindu

Di mulut saja begitu

Tapi hati

Tak boleh tipu air mata berlinang

Bila kau pergi macam tu

Ni semua salahku tak perlu jelas ku tahu

Percayalah kerna sayang aku buat macam tu

Aku ada je kat sini tak pernah lari

Even sampaikan hari ini aku sayang engkau

Setulus hati tak tipu tipu kalau ku kata yang kalau hati tak rindu

Sebenarnya tak pergi tapi sengaja membisu

Dulu sanggup kau perlakukan aku sebegitu

Kau tunjuk sayang engkau kat aku tu lebih kurang

Jadi lebih kurang ku aaku akur undur ku menghilang

Aku tipu bila aku kata diri dah tak sayang padamu kakanda

Aku tipu ubah perbuatan untuk kau nampak aku sudah berbeza

Bukan tak sayang ku bukan pergi

Cuma tak mahu kau terus begini

Lebih baik ku sakit sendiri

Dari lihat arjuna tersakiti

Seringkali aku berkata

Yang kau ni teruk pernah aku jumpa

Dan kau tetap gagal tiap acara

Dan masih gagal dalam semua benda

Tolonglah percaya aku

Kau bukan macam yang kau beritahu

Kau wanita hebat pernah ku jumpa

Kau paling kuat tangani derita