Sampai Bila - Beeru

(Intro)
 I am BeeRu
 Sampai bila
 Sampai bila

(Verse 1)
 Datang KL aku galas satu backpack
 Pakai full cap aku belum kenal snapback
 Tumpang kawan kawan-kawan dari Ipoh
 Ini pekan orang handsome
 Budak skuter (relax)
 Aku tak give up
 Ya masih all out
 Ini along anak Encik Azmi
 Puan Salizah dalam doa
 Angah kakak jaga abah adik baby Nini
 Sampai mana?
 Sampai bila-bila bagi along masa tak lama
 Cuma sikit lagi
 Malam ku jaga siang ku lena
 Michaelian spirit still dalam hati
 Glory Ayamas Dataran Ipoh
 Ipoh Parade Katipolo Jusco
 Vegas Hollywood Loceng Emas
 Bomba Ipoh Garden East
 Keep it real Coco
 Ayyo superstar ayyo rapstar
 Ayyo to all the famous fashion bloggers
 Ayyo semua tak lupa semua
 Aku masih rap dan kekal hip-hopper (shhh)

(Chorus)
 Sampai bila mesti aku tunduk
 Sampai bila nak ikut telunjuk
 Sampai bila kurang isi dalam saku
 Puas sudah aku tunggu
 Sampai hidup haru biru
 Sampai bila nanti-nanti dulu
 Sampai bila harus aku lalu
 Sampai bila diam-diam ku membisu
 Sampai masa jalan dulu
 Jalan aku cara aku

(Verse 2)
 Abah mama along nak baju biru tu
 Baju mana long?
 Tu yang Fubu tu
 Baju tu kan besar?
 Boleh pakai lama
 Tengok dekat mana?
 Too Phat pakai mama
 Oh mama
 Mama pergi dulu
 Al-Fatihah mama dah tak macam dulu
 Sabar ya abah along tak jadi engineer
 Along pergi KL mahu jadi rapper
 Aku BeeRu bermula dengan Pria Pujangga
 Bersama Aifaa Victor rakam lagu pertama
 Dj Krates dj nya TFC
 Sama menulis lagu cahaya dengan Zizi
 Zizan Opss! Aku Dah Ter …
 Eddie Ghiller di Twitter
 Apa Celop To’ jadinya Tiga Swagger
 Muncul Syifa Viva Power Power
 Power Dj Rangga Muffin sama cahaya Afifah
 Biasalah manusia datang pergi tak sama
 Lengkaplah cerita aku hargai semua
 Aku ulang semula datang perginya tak sama
 Lengkaplah cerita aku hargai semua

(Chorus)

(Verse 3)
 Wahai semua yang bermula pasti ada tamatnya
 Lepas satu-satu aku nampak pula yang seterusnya
 Walau tak semua aku dah fahami segala
 Walau bagaimana aku dah penat bersuara
 Mungkin bagi engkau aku bukannya sesiapa
 Tapi bagi aku mereka bagaikan keluarga
 Aku sanggup aku biarkan aku sengsara
 Ingat tak satu-satu kita kecapi bersama
 Memang terkilan perit pahit perlu ditelan
 Luka pasti sembuh walaupun perlahan-lahan
 Tapi percayalah pasti datangnya bahagia
 Ku doakan untuk semua dan aku juga

(Outro)
 Ku doakan untuk semua dan aku juga
Artist: Beeru
Title: Sampai Bila