Sayang - Gerhana Ska Cinta Ft Altimet, Salam & Nabila Huda

Sayang
 Kalau aku beri sedikit masa
 Sudikan kamu beri aku kucupan manja
 Boleh kita kongsi senda tawa
 Moga kita ceria sentiasa bersama

Kita
 Pegang cermat hatiku dalam tangan
 Aku kembali selepas aku penat berjalan
 Cekalkan hatimu aku harus pergi
 Bila kembali sambutku dengan senyuman berseri

Kasih
 Kau jambatan ke masa hadapan
 Naikku kau berdiri di sebelah kanan
 Ambik alih tugas buat sementara
 Sambungkan namaku bila aku sudah tiada

Tiga bucu jiwa ragaku
 Tiga suku sudah hampir penuh seluruh hatiku
 Tinggal lagi satu cuba teka kalau tahu
 Pelengkap ke empat mamaku si ratu

Sayang
 Kata yang indah diberi kepadanya
 Sayang
 Panggilan manis dan mesra ke hatinya
 Mempersembahkan, salam

Masihku teringat kali pertama kau di sekolah
 Dalam pelukan ibu tanganku lambai rindu bertapa
 Masihku teringat kali pertama kau bercuti
 Dalam pelukan papa bawa pulang kaset Metalicca
 Jalan bersama lihat indahnya, indahnya alam semesta
 Waktu berjalan lihat tiada, tiada tanaman hanyalah bangunan
 Lautan biru kini hitam arusnya
 Satu perdua habis dirobeknya
 Satu pertiga tinggallah bakinya
 Jika anak cucu kita bertanya
 Gambar kenangan menjadi penggantinya

Jika kita. hey!
 Sayang
 Kata yang indah diberi kepadanya
 Sayang
 Panggilan manis dan mesra ke hatinya