Sayang-Sayang - Altimet feat Mawar Berduri

Sayang sayang aduhai sayang
Adik bingung bertambah runsing
Hendakku buang terasa sayang
Udah menjadi darah dan daging

Aku bertemu dia sewaktu usiaku enam
Pabila suria hidupku mula terbenam
Dan kemana ku pergi dia ada disisi
Seperti guru dia mengajaku berdikari

Bersorak lantang atau bersopan santun
Sesuai dengan imej nya semasa berpantun
Ku pinta janjinya jangan kita berakhir
Dia tersenyum bila menjawab sambil bersyair

Sayang sayang aduhai sayang
Adik bingung bertambah runsing
Hendakku buang terasa sayang
Udah menjadi darah dan daging

mereka berperang mengaju kata
Bukan senjata,bukan sengketa
Hanya pendeta dan pendekar pena
Bertukar kata susun rapi
Seakan batu bata membina arca untuk telinga bukanya mata

Sayang sayang aduhai sayang
Adik bingung bertambah runsing
Hendakku buang terasa sayang
Udah menjadi darah dan daging

Sebabkan hal keluarga dan kawan-kawan tak bersefahaman
Tidak bersetuju bila cintaku berarah ke situ
Kerna mereka tak mahu memerhati
Yang istimewa pada dia yang menarik hati

Kalau tuan memancing pintu
Daun dedap di dalam perigi
Kalau tuan ai kata begitu
Alangkah sedap di dalam hati

Sayang sayang aduhai sayang
Adik bingung bertambah runsing
Hendakku buang terasa sayang
Udah menjadi darah dan daging
Sayang sayang aduhai sayang
Adik bingung bertambah runsing
Hendakku buang terasa sayang
Udah menjadi darah dan daging