🎵

Semalam

Verse 1

Semalam,

Berpimpin tangan, dalam pelukan

Terindah buatku, terindah buatmu

Semalam,

Walau pertama kali bertemu

Kau terburu-buru, meluahkan cinta padaku

Prechorus

Hati-hatilah

Kau mengerti

Isi hati, yang hakiki

CHORUS

Kerana,

Ku cuma suka-suka

Hanya saja-saja, dengan kamu

Maaflah,

Usahlah kau berduka

Senyum itu bukan, erti cinta

Verse 2

Semalam,

Bukan niatku, memerangkapmu

Mengundang keliru, percaya padaku

Semalam,

Terungkap kata, indah belaka

Kau terbawa-bawa, di suasana sementara

Bridge

Bagai bunga-bunga

Masih belum mekar

Berikan aku

Secukup-cukup waktu

Terpulang padamu

Untuk menunggu aku

Jangan paksa, esok lusa cinta pasti tiba

Semalam

Senyuman itu, bukan cintaku

Cuma suka-suka, hanya saja-saja