Tak Tahu - Adam
Amaran kepada pihak berkuasa
Ini satu kes ragut aku mangsanya
Tiada harta yang hilang hanya perhatian dicuri
Dibawa lari tergagau ku di sini
Suspek seorang wanita rupa paras menawan
Sekeras-keras jejaka pun bisa dicairkan
Jika ada mengesan status dan lokasi
Sila hubungiku A.S.A.P.
Tak ku sangka ku yang tabah turut rebah
Tak tahan perasaan bila berdampingan
Tak terkawal tak ku sangkal ku terkena
Tak tentu hidupku…oh kelibat kamu
Ku cuba alih pandangan kau tetap berada di situ
Seperti angin yang dingin teruja setiap romaku
Bagaimankah caranya untuk ke peringkat seterusnya
Kerana bosan dengarkan “cukuplah sekadar kawan”
Ha ha…tak tahu…apa kau dah buat padaku?
Kini ku termimpi-mimpi ku menagih kasih
Ha ha…tak tahu…oh semuanya salahmu!
Menggoda hatiku….jawablah kau… ku tak tahu
Benar belaka ini semua angkaranya
Jiwa kelam kabut bagai dilanda ribut
Akan ku cuba membuat dia terpikat padaku
Entah hendak atau tidak…aku tak tahu