Tanah Pusaka - Lagu Patriotik

 Sungguh gemilang negeriku
 Yang kupuja oh tanah Malaysia
 Dimerata dunia
 Harum semerbak namamu oh Malaysia

Aman makmur kaya-raya
 Selama-lama hidup maju jaya
 Oh tanah pusaka
 Negaraku yang berdaulat dan merdeka

Tanah pusaka bertuah
 Berbagai bangsa didalamnya
 Hidup aman dan bersama
 Bertekun kerja untuk Malaysia

Musuh melanggarku gempur
 Sungguh rela kugugur kerana
 Kau tanah pusaka
 Biar putih tulang jangan putih mata
Artist: Lagu Patriotik
Title: Tanah Pusaka