Wajah Seribu Rahsia - Anis Suraya

Redup
Wajah seribu rahsia
Ku tidak mengerti apa alahnya
Sedang diri ku terasa hiba...

Kini...
Ku cuba menyelaminya...
Di sebalik raut
Yang tersembunyi
Secalit duka
Tiada hujungnya

( 1 )
Biar pedih merobek kalbu
Luka di hati siapa yang tahu
Senyum di bibir tawa bersilu
Hati menangis penuh sendu

Sarat mata memandang
Jiwa dibeban kesan
Yang mendalam
Kerana sering hilang
Sebuah pertimbangan
Cinta jadi mainan

Usahlah diturutkan
Cinta mu yang kecundang
Waktu silam
Biarlah ku rawatkan
Hati mu yang keruan
Agar kau merasai cinta
Yang suci

( ulang 1 )

Biar...
Wajah seribu rahsia...
Memberi sejuta kemanisannya
Dalam kolam hati ku ini
Biar...