🎵

Yang Cantik

Album: Ni Hao Ma Durasi: 4:28

Hai cantik...

Jelingan matamu mempersona

Senyuman yang merundum jiwa

Kelu lidah aku berbicara

Cantik-cantik

Sungguh ayu...

Ciptaan tuhanku padamu

Mungkinkah kau bidadari itu

Halus kulit merah bibirmu

Ayu-ayu...

Bintang bulan pun tidak secantik kamu

Mungkinkah tuhan memilih kamu

Satu antara beribu (antara beribu)

Matahari terhenti menyinari hari

Hilang panas

Cuaca bertukar wajah bila

Kau menjelma

Di depan semua mata memandang

Terpukau yang sasau yang angau

Bila-bila dan di mana-mana

Ku lafaz doa-doa

Puji puji puji baginya

Laluku titip titip air turun dari langit

Membasahi bumi gersang lalu jadi hijau

Kau yang cantik bagai bidadari dari langit

Memiliki wajah ayu yang memukau

Kau cantik punya senyuman yang manis

Punya pandangan yang manja

Ayu mata mempersona

Bisa-bisa buta mataku

Jika terus merenungmu

Kerana kau bidadariku

Hanyalah di duniaku

Tiada-tiada paling cantik

Kurniaan Tuhan kepadaku

Hanyalah ada dirimu

Kerana kau bidadariku

Cantik-cantik

Kau cantik punya senyuman

Yang manis

Punya pandangan yang manja

Ayu mata mempersona

Bisa-bisa buta mataku

Jika terus merenungmu

Kerana kau bidadariku

Hanyalah di duniaku

Tiada-tiada paling cantik

Kurniaan tuhan kepadaku

Hanyalah ada dirimu

Kerana kau bidadariku

Cantik, Cantik, cantik